Thursday 13 October 2011

"Babi ah!"


Kalau maki, kalau mencarut, mesti kata “Babi!” Sikit-sikit babi. Babi itu. Babi ini.

Tak ada bintang lain ke yang lagi hina dari babi? Babi ke binatang paling hina darjatnya kat dunia ni? Babi kan cuma seekor binatang. Binatang haram untuk dimakan untuk Muslim, yang bukan sama aje darjatnya. Sama macam binatang-binatang haram yang lain. Kenapa tak guna binatang haram lain untuk maki carut kutuk sumpah hina. Contoh, ular. Siap bisa lagi. Patuk sikit tak lama lepas tu dah mati. Anjing, nampak dari jauh pun aku dah takut.

Babi keji sebab orang tak bela jadikan  binatang peliharaan kot. Tak beriya nak bela macam anjing mahupun ular. Anjing kan banyak baka. Ular pun sama. Ada cantik, ada buruk. Babi, ada ke baka yang cantik? Tak pernah dengar pulak aku babi ada baka cantik.

Kalau ada baka cantik sekali pun, akan cantik-kah babi itu? Entah tak tau. Aku sendiri anggap, babi tetap babi. Buruk. Tapi warna merah jambu! Warna kegemaran kebanyakan orang. Mujur bukan aku. Sikit-sikit boleh, bukan warna yang membangkitkan hormon teruja tahap melampau punya. Mujur juga takada babi warna ungu. 



Ahh! Babi ah kalau ada babi warna ungu!

Wednesday 21 September 2011

Monday 12 September 2011

I have two questions.

Is it soooo difficults?

or, just you don't want?

If "YES" for both, what else I can say.


Thank you.

Impian berangan #1


Google-google jumpa pulak video ni. Tiba-tiba rasa nak buat video kahwin macam ni. Style! Errr mampu ke aku dan Acit merentakkan diri macam ni. Ohhh berangannnnn. Silap gaya retak berjuta tulang kami. Hahaha. Terkhangkhang weh.


Kaki keras kayu ada hati nak menari. Ewahhh.

Usaha ambil mudah


Berusaha, mudah atau payah? Atau tak payah je lah?
Bagi aku berusaha untuk sesuatu, tak kira apa pun ada susah ada senang dia. That’s what we called life. Am I right? Life need effort. Ya aku setuju, aku percaya hidup perlu usaha. Untuk usaha perlu semangat. Juga, kuatkan semangat.

Untuk sekarang aku mahu berusaha untuk tidak ambil pusing untuk hal tertentu, boleh? Pelik? Kejam? Tak lah pelik. Bukanlah kejam. Cuma nak amalkan konsep yang lebih mudah. Maksud dia;

Tak apa lah. Tak sengaja tu. I’m fine.
Kalau ada, ada. Kalau tak ada, anggap aje bukan rezeki.
Okaylah. Hal kecik aje (walaupun ia memang BESAAAR)
Paling dah tak boleh nak buat apa, diam aje lah. Buang jauh.
Paling paling tak boleh nak blah pun, muka terkujat. diam sambil terkebil-kebil. Bunyi cengkerik. Lepas dua saat, hmmm. Then, blah.

Ya, aku nak cuba amalkan konsep ambil mudah, walaupun hmmm BESAAAR rupanya. Bunyi cam kecil hati? Tipu kan kalau tak ada langsung. Ada sikit, tapi tak apa lah. Malas fikir.

Cuba usaha nak konsep ambil mudah. Berjaya atau tidak, Allah please guide me on this. Thank you Allah.


Insya-Allah

Sunday 14 August 2011

Serba-serbi terakhir.

"And the last thing is ..."

Ha! Biasa-kan dengar statement gitu? Jawapan-nya ialah AKU. Ya, aku lah perkara yang terakhir. Selalu sangat dah rasa jadi perkara yang terakhir.

Kau pernah rasa? Jika ya, maknanya, kau tahu dan kau faham. Jika tidak, kau hanya tahu. Selagi kau tak selalu rasa kau tak akan faham. Yang ini, percayalah!



OK SABAR SELAGI BOLEH! (TAK OK SEBENARNYA)

Monday 8 August 2011

Soalan dari hati untuk DIA.


Sabtu. Malam.

On the way pergi terawikh, surau seberang jalan. Lalu depan kubur. Gelap. Sayup-sayup je lampu jalan sumbang cahaya. Tapi…

Dalam kubur lagi gelap. Sorang-sorang. Tiba-tiba dalam hati kata, “Macam mana la agak-nya kalau aku dalam sana? Apa nasib yang aku terima? Baik atau sebaliknya? Wallahu’alam.”

Sayu…

Balik dari surau pulak, teringat arwah atok kena langgar lari. Masa tu arwah nak pergi terawikh. Surau yang sama. Arwah terima ajal dalam keadaan macam tu. Aku, macam mana pula ceritanya? Lagi sekali, Wallahu’alam. Rahsia Allah yang tiada siapa tahu. Hanya DIA.

Sayu…

Sungguh walaupun rumah aku berhadapan kubur, tak pernah (kot) aku terfikir soalan tadi. Tak pernah rasa sayu macam itu. Naifnya aku. Kerdilnya aku.






Al-fatihah untuk semua arwah Muslimin dan Muslimat

Friday 5 August 2011

Tolong segera tunaikan janji-janji.

Situasi 1 : Orang kasi harapan pada sesuatu yang memang didambakan. Seolah-olah sesuatu itu kewajipan yang perlu ditunaikan? Ya itu memang kewajipan.

Situasi 2 : Orang yang sama memberi harapan yang sama sekali lagi. Ya sekali lagi. Janji beriyer-iyer. Bukan main lagi kasi harapan, pupuk keyakinan kita akan dapat sesuatu itu. Terubat sekejap. Tahap kepercayaan meningkat sedikit tapi keraguan masih lagi berbakul. Tunggu punya tunggu. Eh eh. Sama jugak akhirnya, harapan sesuatu semakin kelam. Jauh.

*Mengeluh*

Apa kau-orang akan rasa? Marah? Kecewa? Sedih? Sakit kepala? Putus harapan? Aku rasa semua tu. Nak maki berbakul-bakul aje rasa. Kalau maki pun tak guna. Memang tak guna! Isk! Sabar dan tahan. Tapi beragak-lah. Sabar aku dah lah tak setebal mana pun, apatah lagi berbakul-bakul. Perit oii rasa! 

Cepatlah tunaikan janji-janji kamu semua itu. Ihtiarkan. Sebelum aku hilang sabar. Ugut? Hahaha boleh jugak nak anggap macam tu. Takpe takpe, aku kasi chance. Bukan bermakna boleh tangguh lagi. Cukuplah masa yang dah lepas. Dah hampir tak boleh nak tahan sebenarnya. Atau, mungkin dah tak tahan sabar? Mungkin. 

Kalau dah janji, cepat-cepat-lah tunaikan. Dah banyak kali minggu depan dah. Nak banyak mana lagi? Cukup-cukup-lah yer. Ramadhan pun nak masuk minggu kedua dah haaa. 





Percayalah, bukan aku aje, yang lain pun rasa yang sama. Kan?

Wednesday 3 August 2011

Tolong Hebah #01 - Jom beli barang raya!




Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA @PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

            Tarikh            : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
            Masa              : 10 pagi hingga 10 malam
            Tempat          : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

3.      Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

4.         Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5.         Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
                                                                                                                       
6.         Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-



i.      Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel : asaari@kpdnkk.gov.my

ii.      Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel : noorizati@kpdnkk.gov.my

 
Sekian dimaklumkan.
"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"  


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN



Ada sahabat emel. Aku tolong hebahkan aje.

Tuesday 26 July 2011

Masalah makan tapi tak kenyang

Kebelakangan ini. Aku makan-lah banyak mana pun kurang atau lebih sikit dari sejam aku mesti akan cari makanan lagi. Heyyyy apa masalah-lah perut aku. Juga kenapa tak ada impulse mmenghantar signal menyatakan secara huruf besar dan tanda seru “Kau kenyang Eppa”.

Minggu-minggu lepas, satu hari suntuk tak makan. Simpan perut sebab dah janji melepak kat The curve. Alang-alang keluar makan nanti aje lah. Akhirnya, pukul 7 jugak lah makan secara pukal, breakfast+tengahari+malam. Oh yeah terbaik! Jenuh fikir nak makan apa, sebab 1st time makan kat Winter Warmer . Aku order ape entah, ala-ala Chicken Chop (lebih kurang lah) dengan Tuna Baked. Review sikit restoran.  Deco cantik. Menu semua (minuman+makanan) berasaskan bunga dan buah. Juga wangi. Salad dia dah rasa macam aku makan Ambi Pur. Wangi makkk aihh. Tak boleh terima. Tuna Baked mantap. So nyummy. Overall, boleh tahan sedap. Ohh aku minum air, Lemon Tea Mint. Dah sedut banyak kali terasa macam minum Listerine. Boleh tahan sedap sebenarnya. Malangnya, aku tak rasa kenyang!!! Sengkak perut apatah lah. Rasa macam makan seketol karipap 30sen.

Dah alang-alang kat situ, IKEA is a must. Sebelum balik makan karipap IKEA yang paling terbaik. Yeayyy baru lah aku rasa kenyang! Puas! Inilah yang dikatakan makan, kenyang dan puas. Haha.

Semalam pula cuba resipi baru, Ayam Goreng Tomyam. Yeay sukses dengan jayanya. Meratah rakus sampai licin bersama 2 rakan lain. Ohh Gambar hasil eksperimen tiada sebab dah lapar menggila. Hehehe Itu yang rakus. Mahu di jadikan cerita, aku tanya, “Ada apa-apa yang boleh kunyah lagi tak?” Ohhh yeahh dua-dua buat muka terkejut, “Kau tak kenyang-kenyang lagi ke Eppa oiii”

Tanpa rasa bersalah, gali peti ais. Hmmm tak ada apa pun. Kunyah jugak-lah Choclair dua ketol. Ok bawa diri melayang layan 8tv. Diam-diam lupakan makanan. Habis cerita, tidur.

Hari ini, agenda membaca artikel kesihatan, diet, senaman, menu bla bla bla. Aku dah terasa macam selera makan melampau. Maka, bawa-bawa diri insaf. Hahaha. Harap artikel-artikel ini membantu aku. 



Untuk lebih, pandai-pandai-lah cari Mr.G ya. Nak sihat kena rajin :D

Friday 22 July 2011

Hahaha. Ini semua merapu.


Ya, aku memang layan. K-Pop. Dari dulu lagi. Masih tegar sampai sekarang. Aku akui sangat-sangat. Tapi untuk aku suka Malaysia K-Pop? Errr... Aku memang pasti untuk main jauh-jauh. 



Terkekeh-kekeh aku baca komen video ni.

Thursday 21 July 2011

Makcik... Makcik...


Pertama sekali aku rasa kesian sangat kat makcik ni. Dah-lah dia tak ada duit boleh pulak mahkamah majistret  saman RM250 semata-mata sembunyikan kematian si arwah. Agak marah dengan tindakan mahkamah. Agak-agak-lah kot ye pun kau nak saman. Tak ada hati perut gamak-nya.

Aku tak puas hati lagi. Teruskan baca lagi sambil marah kat Mahkamah Majistret. Aku baca sampai habis.

Nahhhh! Sekarang aku pulak rasa naik hangin dengan makcik. Memang patut (kot) makcik kena saman. Ada ke patut kau bungkus mayat suami kau dengan plastik sampah dan biarkan membusuk tepi pokok pisang.

Ahhhh. Aku marah. Terkesima aku dengan tindakan (bagi aku hilang rasional dan tiada perikemanusiaan) makcik. Makcik Zaini namanya.

Aduhhh. Makcik, tolonglah rasional. Ini hal BESAR, berkaitan pengurusan jenazah. Jenazah. Faham tak? Kita ada agama. Agama Islam. Uruskan jenazah bukan seperti uruskan bangkai kucing yang mati akibat dek kena kurap mahupun tercekik tulang ikan ketika sarapan. Kena uruskan secara Islam. Mandikan, kafankan, sembahyangkan, kebumikan dan sehinggalah talkin.

Alasan dia, “Malu minta pertolongan orang sekeliling/orang kampung” - Tak salah minta tolong. Dah nama-nya pun mintak tolong. Kenapa perlu malu?Lagi malu kalau dibiarkan busuk tak terurus. Masyarakat sekeliling pun tidaklah kejam sanggup biarkan tanpa diurus. Gila nama-nya tu. Tanya-lah siapa pun. Tidak kira dia kera sumbang, haji bakhil mahupun penyangak seantero sekalipun jika dikhabarkan kematian pasti-nya akan tolong. Sekalipun tidak, dia tolong bagi tau ketua kampung atau pun JKKK. Sekurang-kurang-nya jenazah itu diuruskan sempurna.

Alhamdulillah. Hebat kuasa Allah. Akhirnya jenazah selamat disemadikan. Ya makcik saya setuju dengan orang kampong prihatin itu, jangan malu minta pertolongan.Makcik. Makcik. Saya kesian dengan makcik sebenarnya. Maaf saya rasa bengang tadi. Semoga makcik tabah. Juga, lebih rasional. Aman.




Insya-Allah, arwah sentiasa dicucuri rahmat Allah. Al-Fatihah.  

Monday 18 July 2011

Isi sedap. Nikmat padat.

Semua cerita ada isi. Kali ini, isi-isi yang serius tapi sedap. Enak bahasa lunak-nya. Makin banyak isi, makin padat ruangnya, makin enak-lah rasanya. Terasa macam karipap yang kentang dan daging memenuhi setiap ruang kelongsongnya. Makan panas-panas lagi terangkat. Ohh rindu pada karipap buatan emak.

Mungkin angka 26 lebih buat kita cenderung kepada isi-isi yang sedap. Lebih angka, lebih banyak lapar. Mungkin. Aku akui yang itu. Tentu kawan-kawan keliling pun mengakui pada yang sama. (Oh abaikan kelaparan yang biasa itu kerana ia ketara dan diketahui umum. Tiada ubat untuk yang itu. Hahaha.) 

Kembali pada isi yang serius seperti diwar-warkan awal tadi. Setakat ini, ada dua isi sedap yang kemaruk-kan perhatian dan perlu-kan rangsangan yang padat. Satu, dengan kawan-kawan. Teruja. Dua, untuk kawan-kawan. Lagi teruja. Maka, aku kena kental. Kuat semangat. Lebih fokus. Ini bukan mimpi lagi. Kenyataan. Hadapi walaupun rasa gentar menyerang. Bak kata iklan dia, “Kini anda boleh!” Hahaha.

Nak isi sedap kena-lah rajin. Bila rajin, InsyaAllah semua isi-isi akan jadi sedap. Bila sedap, kenyang-lah kita. Bukan-kah itu hormon keseronokan tanpa batas yang setiap manusia haus-kan. Kan kan kan? Pokok-nya, rajin. Bila hormon rajin tanpa batas menular, segala-nya sedap.

Baiklah. Aku mohon yang pertama, aku lebih rajin. Serba-serbi rajin. Mohon yang kedua, segalanya berjalan lancar. Dua isi yang tujuan dan kepentingan yang sama padat. InsyaAllah, setiap isi-isi padat ini akan terasa sedap dan keenakan yang luar biasa. Jangan risau, kawan keliling juga akan rasa kenyang yang padat. Berkongsi kan lebih padat nikmat-nya.



Isi-isi ini sentiasa padat dalam kelongsong otak. Tarik nafas. Senyum. 

Saturday 16 July 2011

Biol

Ini betul-betul biol. Angin betul aku! Baru lepas check yang wordpress aku ada pulak. Habis yang punya-lah hari itu aku Google tak ada pulak. Aku cari guna link yang sama la biol! Sekarang aku nak kata yang mana biol?

Wordpress biol?
Google biol?
atau aku yang biol?

Dan, sah-sah-lah aku tak akan kata aku yang biol kan? Gila kau nak kata diri sendiri biol. Aku dah check betul-betul dah weh kat Google. Bontot ayam lah!



Tekad! Padam wordpress yang bangang dan biol itu. Google pun kadang sama biol jugak. Uhh!

Friday 15 July 2011

{Curi(ga}ru)kepala

Curiga. Itulah yang aku rasa. Aku pun tak tau kenapa. Dulu, ini bukan-lah menjadi masalah yang harus difikir sampai garu kepala yang sememangnya tak gatal langsung. Tapi kenapa sekarang?

*mengeluh. lagi. dan lagi.*

Abaikan-lah. Tak ada apa-apa-lah tu. Cuba singkir syak wasangka yang bukan-bukan. Orang kata, tanya aje-lah. Tak apa-lah. Risau dengan hanya satu pertanyaan akan mendatangkan bala dan kecelekaan. Habis, kalau tak tanya bala tak datang-lah? Eh bukan macam itu. Tapi entah-lah.

Buntu. Termenung. Gigit ibu jari tangan. Ibu jari kaki jauh sangat nak gigit. Termenung. Lama. Termenung lagi. Macam nak pecah skrin ini aku tenung. Sudah-lah. Aku dah tak tau nak teruskan macam mana lagi. Nak susun ayat untuk bercerita pun dah habis idea. Sebenarnya, perlukan seseorang untuk bercerita. Tapi semua macam sibuk. Maka, biarlah. Selagi boleh tahan, tahan-lah. InsyaAllah semua baik-baik belaka.


Ini apa sebenarnya? Sungguh curiga atau sebenarnya …

Thursday 14 July 2011

Cerita bangang

Blog wordpress hilang? Your search did not match any account? Bangang. Rasa tak lah lama sangat pun terbiar. Pening. Cari jalan keluar.

Teringat blog lama. Blogspot. Tapi yang itu pulak dah lama sangat. Lama terbiar tapi tak hilang. Yang wordpress pulak hilang. Bangang. Blogspot tak ingat email mana satu dengan password. Takpe cuba. Cuba lagi. Lagi. Lagi. Haa nah! Dapat jugak recover. Tapi tak lama. Tengah sedap-sedap belek, entah butang apa aku tekan account pulak hilang tapi blog ada lagi. Inilah dinamakan bangang kuasa dua. Jenuh cuba cari jalan kuar. Aduhhhh aku nak buang blog lama. Tak mau dah pakai blog lama. Nak baru.

Masih lagi cuba. Google. Sana sini. Tapi tak ada jugak apa yang aku mau. Ah buntu. Entah nak try and error sangat, keluarlah blog yang ni. Tadaaa. Ok tak? Lain kali laa aku solek kasi cantik. Tunggu masa sesuai.

Masalah blog lama tak hilang dan tak padam-padam buat aku hilang akal. Macam mana nak buat. Yang aku nak padam, masih lagi tegar. Yang aku mahu, tiba-tiba pulak hilang. Dua-dua sama aje bangang. Dengan aku aku sekali lah terasa dah naik bangang. Bikin aku bengang aje lah.

Mula-mula nak jadikan yang ini pembukaan, tapi tak mau lah pembukaan dengan kecelakaan yang penuh kebangangan. Makanya ini yang kedua.

Yang pertama? Kat bawah tu ha. Janganlah teruja sangat baca yang kedua sampai tak nampak yang pertama.

Ok sudah.



Eh yang ketiga? Bawa-bawa bersabar ye. Haha.

Pertama

Hai. Aku Eppa. Selamat berjumpa. Yang belum jumpa, hai aku Eppa. Eh kan dah cakap tadi. Bai. Nak balik kerja dah.

Ok jumpa seterusnya. Kalau suka ikut. Tapi kalau tak suka, minta maaf.



Itu aje? Cukuplah. 1st time kena malu-malu. Haha.