Monday 18 July 2011

Isi sedap. Nikmat padat.

Semua cerita ada isi. Kali ini, isi-isi yang serius tapi sedap. Enak bahasa lunak-nya. Makin banyak isi, makin padat ruangnya, makin enak-lah rasanya. Terasa macam karipap yang kentang dan daging memenuhi setiap ruang kelongsongnya. Makan panas-panas lagi terangkat. Ohh rindu pada karipap buatan emak.

Mungkin angka 26 lebih buat kita cenderung kepada isi-isi yang sedap. Lebih angka, lebih banyak lapar. Mungkin. Aku akui yang itu. Tentu kawan-kawan keliling pun mengakui pada yang sama. (Oh abaikan kelaparan yang biasa itu kerana ia ketara dan diketahui umum. Tiada ubat untuk yang itu. Hahaha.) 

Kembali pada isi yang serius seperti diwar-warkan awal tadi. Setakat ini, ada dua isi sedap yang kemaruk-kan perhatian dan perlu-kan rangsangan yang padat. Satu, dengan kawan-kawan. Teruja. Dua, untuk kawan-kawan. Lagi teruja. Maka, aku kena kental. Kuat semangat. Lebih fokus. Ini bukan mimpi lagi. Kenyataan. Hadapi walaupun rasa gentar menyerang. Bak kata iklan dia, “Kini anda boleh!” Hahaha.

Nak isi sedap kena-lah rajin. Bila rajin, InsyaAllah semua isi-isi akan jadi sedap. Bila sedap, kenyang-lah kita. Bukan-kah itu hormon keseronokan tanpa batas yang setiap manusia haus-kan. Kan kan kan? Pokok-nya, rajin. Bila hormon rajin tanpa batas menular, segala-nya sedap.

Baiklah. Aku mohon yang pertama, aku lebih rajin. Serba-serbi rajin. Mohon yang kedua, segalanya berjalan lancar. Dua isi yang tujuan dan kepentingan yang sama padat. InsyaAllah, setiap isi-isi padat ini akan terasa sedap dan keenakan yang luar biasa. Jangan risau, kawan keliling juga akan rasa kenyang yang padat. Berkongsi kan lebih padat nikmat-nya.



Isi-isi ini sentiasa padat dalam kelongsong otak. Tarik nafas. Senyum. 

3 comments:

  1. pening kepala - payah nk faham.. sekian..

    ReplyDelete
  2. Nanti kak ira akan faham bila tiba waktunya. Chewahhh. Ayat nak macam artis kan? Lempang sikit. Hahaha.

    ReplyDelete
  3. Oh Tahniah kak ira, jadi orang pertama komen antara semua post. Terima kasih kak ira. Teruskan ikut, kalau suka. *HUG* :)

    ReplyDelete