Monday 12 March 2012

Suntingan

Syukur Alhamdulillah kepada Yang Maha Esa. Terima kasih Allah.

Terima kasih kepada kerabat penting #1: Ayah, Emak, Akak (Abang Ary), Iwan & Emma bertungkus lumus, juga budak besar yang tersembunyi Syahida & Noin. Saudara mara dan orang kampung. Juga pengemudi acara.

Terima kasih kepada kerabat penting #2 : Seluruh kerabat Abdul Raman Abdullah + Salabiah Shafie dan saudara mara. Terima kasih datang menempah si manis untuk si kacak.

Ya, saya sudah selamat ditempah oleh si penempah tegar. Lebih gigih untuk acara angguk-angguk-sah. Gambar yang ada memang ini sahaja bukan kerana kedekut ye. Yang lelain, kamera kawan.

Gambar kredit kepada abdulrashade :)

Thursday 13 October 2011

"Babi ah!"


Kalau maki, kalau mencarut, mesti kata “Babi!” Sikit-sikit babi. Babi itu. Babi ini.

Tak ada bintang lain ke yang lagi hina dari babi? Babi ke binatang paling hina darjatnya kat dunia ni? Babi kan cuma seekor binatang. Binatang haram untuk dimakan untuk Muslim, yang bukan sama aje darjatnya. Sama macam binatang-binatang haram yang lain. Kenapa tak guna binatang haram lain untuk maki carut kutuk sumpah hina. Contoh, ular. Siap bisa lagi. Patuk sikit tak lama lepas tu dah mati. Anjing, nampak dari jauh pun aku dah takut.

Babi keji sebab orang tak bela jadikan  binatang peliharaan kot. Tak beriya nak bela macam anjing mahupun ular. Anjing kan banyak baka. Ular pun sama. Ada cantik, ada buruk. Babi, ada ke baka yang cantik? Tak pernah dengar pulak aku babi ada baka cantik.

Kalau ada baka cantik sekali pun, akan cantik-kah babi itu? Entah tak tau. Aku sendiri anggap, babi tetap babi. Buruk. Tapi warna merah jambu! Warna kegemaran kebanyakan orang. Mujur bukan aku. Sikit-sikit boleh, bukan warna yang membangkitkan hormon teruja tahap melampau punya. Mujur juga takada babi warna ungu. 



Ahh! Babi ah kalau ada babi warna ungu!

Wednesday 21 September 2011

Monday 12 September 2011

I have two questions.

Is it soooo difficults?

or, just you don't want?

If "YES" for both, what else I can say.


Thank you.

Impian berangan #1


Google-google jumpa pulak video ni. Tiba-tiba rasa nak buat video kahwin macam ni. Style! Errr mampu ke aku dan Acit merentakkan diri macam ni. Ohhh berangannnnn. Silap gaya retak berjuta tulang kami. Hahaha. Terkhangkhang weh.


Kaki keras kayu ada hati nak menari. Ewahhh.

Usaha ambil mudah


Berusaha, mudah atau payah? Atau tak payah je lah?
Bagi aku berusaha untuk sesuatu, tak kira apa pun ada susah ada senang dia. That’s what we called life. Am I right? Life need effort. Ya aku setuju, aku percaya hidup perlu usaha. Untuk usaha perlu semangat. Juga, kuatkan semangat.

Untuk sekarang aku mahu berusaha untuk tidak ambil pusing untuk hal tertentu, boleh? Pelik? Kejam? Tak lah pelik. Bukanlah kejam. Cuma nak amalkan konsep yang lebih mudah. Maksud dia;

Tak apa lah. Tak sengaja tu. I’m fine.
Kalau ada, ada. Kalau tak ada, anggap aje bukan rezeki.
Okaylah. Hal kecik aje (walaupun ia memang BESAAAR)
Paling dah tak boleh nak buat apa, diam aje lah. Buang jauh.
Paling paling tak boleh nak blah pun, muka terkujat. diam sambil terkebil-kebil. Bunyi cengkerik. Lepas dua saat, hmmm. Then, blah.

Ya, aku nak cuba amalkan konsep ambil mudah, walaupun hmmm BESAAAR rupanya. Bunyi cam kecil hati? Tipu kan kalau tak ada langsung. Ada sikit, tapi tak apa lah. Malas fikir.

Cuba usaha nak konsep ambil mudah. Berjaya atau tidak, Allah please guide me on this. Thank you Allah.


Insya-Allah

Sunday 14 August 2011

Serba-serbi terakhir.

"And the last thing is ..."

Ha! Biasa-kan dengar statement gitu? Jawapan-nya ialah AKU. Ya, aku lah perkara yang terakhir. Selalu sangat dah rasa jadi perkara yang terakhir.

Kau pernah rasa? Jika ya, maknanya, kau tahu dan kau faham. Jika tidak, kau hanya tahu. Selagi kau tak selalu rasa kau tak akan faham. Yang ini, percayalah!



OK SABAR SELAGI BOLEH! (TAK OK SEBENARNYA)