Sunday 14 August 2011

Serba-serbi terakhir.

"And the last thing is ..."

Ha! Biasa-kan dengar statement gitu? Jawapan-nya ialah AKU. Ya, aku lah perkara yang terakhir. Selalu sangat dah rasa jadi perkara yang terakhir.

Kau pernah rasa? Jika ya, maknanya, kau tahu dan kau faham. Jika tidak, kau hanya tahu. Selagi kau tak selalu rasa kau tak akan faham. Yang ini, percayalah!



OK SABAR SELAGI BOLEH! (TAK OK SEBENARNYA)

Monday 8 August 2011

Soalan dari hati untuk DIA.


Sabtu. Malam.

On the way pergi terawikh, surau seberang jalan. Lalu depan kubur. Gelap. Sayup-sayup je lampu jalan sumbang cahaya. Tapi…

Dalam kubur lagi gelap. Sorang-sorang. Tiba-tiba dalam hati kata, “Macam mana la agak-nya kalau aku dalam sana? Apa nasib yang aku terima? Baik atau sebaliknya? Wallahu’alam.”

Sayu…

Balik dari surau pulak, teringat arwah atok kena langgar lari. Masa tu arwah nak pergi terawikh. Surau yang sama. Arwah terima ajal dalam keadaan macam tu. Aku, macam mana pula ceritanya? Lagi sekali, Wallahu’alam. Rahsia Allah yang tiada siapa tahu. Hanya DIA.

Sayu…

Sungguh walaupun rumah aku berhadapan kubur, tak pernah (kot) aku terfikir soalan tadi. Tak pernah rasa sayu macam itu. Naifnya aku. Kerdilnya aku.






Al-fatihah untuk semua arwah Muslimin dan Muslimat

Friday 5 August 2011

Tolong segera tunaikan janji-janji.

Situasi 1 : Orang kasi harapan pada sesuatu yang memang didambakan. Seolah-olah sesuatu itu kewajipan yang perlu ditunaikan? Ya itu memang kewajipan.

Situasi 2 : Orang yang sama memberi harapan yang sama sekali lagi. Ya sekali lagi. Janji beriyer-iyer. Bukan main lagi kasi harapan, pupuk keyakinan kita akan dapat sesuatu itu. Terubat sekejap. Tahap kepercayaan meningkat sedikit tapi keraguan masih lagi berbakul. Tunggu punya tunggu. Eh eh. Sama jugak akhirnya, harapan sesuatu semakin kelam. Jauh.

*Mengeluh*

Apa kau-orang akan rasa? Marah? Kecewa? Sedih? Sakit kepala? Putus harapan? Aku rasa semua tu. Nak maki berbakul-bakul aje rasa. Kalau maki pun tak guna. Memang tak guna! Isk! Sabar dan tahan. Tapi beragak-lah. Sabar aku dah lah tak setebal mana pun, apatah lagi berbakul-bakul. Perit oii rasa! 

Cepatlah tunaikan janji-janji kamu semua itu. Ihtiarkan. Sebelum aku hilang sabar. Ugut? Hahaha boleh jugak nak anggap macam tu. Takpe takpe, aku kasi chance. Bukan bermakna boleh tangguh lagi. Cukuplah masa yang dah lepas. Dah hampir tak boleh nak tahan sebenarnya. Atau, mungkin dah tak tahan sabar? Mungkin. 

Kalau dah janji, cepat-cepat-lah tunaikan. Dah banyak kali minggu depan dah. Nak banyak mana lagi? Cukup-cukup-lah yer. Ramadhan pun nak masuk minggu kedua dah haaa. 





Percayalah, bukan aku aje, yang lain pun rasa yang sama. Kan?

Wednesday 3 August 2011

Tolong Hebah #01 - Jom beli barang raya!




Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia,

Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan,
MAKLUMAN PENGANJURAN PROGRAM JOM BELI BARANG RAYA @PUTRAJAYA (JUALAN TERUS DARI KILANG)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.      Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menganjurkan Program Jom Beli Barang Raya@Putrajaya (Jualan Terus Dari Kilang) pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

            Tarikh            : 10 Ogos hingga 14 Ogos 2010 (Rabu hingga Ahad)
            Masa              : 10 pagi hingga 10 malam
            Tempat          : Presint 2, Putrajaya (Berhadapan Bazaar Ramadhan)

3.      Untuk makluman, pelbagai barangan keperluan sempena Hari Raya dan barangan berjenama ada dijual pada harga yang istimewa. Antara jenama-jenama produk yang dijual adalah Snails, Jeep, Bebes Homes, Adidas, Nike, Hamster Kids Wear, Disney Pooh, tenderly, Baby Looney Tunes, Elle, Pierre Cardin, Crocodile, Camel Active, Poney, Modernmum, Larrie, Allain Delon, Bill Keith & Paula Moda, Lumberjacks, Noor Arfa, King Koil, Goodnite, Sri Nona, Adabi, Julie's, Dutch Lady, Pepsi, Nestle, Panasonic, Canon, Nikon, Sony, Samsung, LG, Diesel, Elizabeth Arden, Giorgio Armani, The Body Shop, Tupperware, Akemi dan banyak lagi.

4.         Sehubungan dengan itu, dalam usaha menjayakan penganjuran acara ini Y. Bhg. Dato'/Datuk/Datin/Tuan/Puan adalah dijemput untuk berkunjung ke tapak program sepanjang tempoh berlangsungnya acara tersebut.

5.         Oleh itu, kami memohon kerjasama Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, untuk menyebarkan maklumat ini kepada seluruh bahagian di Kementerian / Agensi Y. Bhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
                                                                                                                       
6.         Perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai-pegawai berikut:-



i.      Encik Asaari bin Zainuddin
No. Tel : 03-8882 5767
Emel : asaari@kpdnkk.gov.my

ii.      Puan Noorizati binti Ibrahim
No. Tel : 03-8882 6931
Emel : noorizati@kpdnkk.gov.my

 
Sekian dimaklumkan.
"Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1 Suara"  


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN



Ada sahabat emel. Aku tolong hebahkan aje.