Tuesday 26 July 2011

Masalah makan tapi tak kenyang

Kebelakangan ini. Aku makan-lah banyak mana pun kurang atau lebih sikit dari sejam aku mesti akan cari makanan lagi. Heyyyy apa masalah-lah perut aku. Juga kenapa tak ada impulse mmenghantar signal menyatakan secara huruf besar dan tanda seru “Kau kenyang Eppa”.

Minggu-minggu lepas, satu hari suntuk tak makan. Simpan perut sebab dah janji melepak kat The curve. Alang-alang keluar makan nanti aje lah. Akhirnya, pukul 7 jugak lah makan secara pukal, breakfast+tengahari+malam. Oh yeah terbaik! Jenuh fikir nak makan apa, sebab 1st time makan kat Winter Warmer . Aku order ape entah, ala-ala Chicken Chop (lebih kurang lah) dengan Tuna Baked. Review sikit restoran.  Deco cantik. Menu semua (minuman+makanan) berasaskan bunga dan buah. Juga wangi. Salad dia dah rasa macam aku makan Ambi Pur. Wangi makkk aihh. Tak boleh terima. Tuna Baked mantap. So nyummy. Overall, boleh tahan sedap. Ohh aku minum air, Lemon Tea Mint. Dah sedut banyak kali terasa macam minum Listerine. Boleh tahan sedap sebenarnya. Malangnya, aku tak rasa kenyang!!! Sengkak perut apatah lah. Rasa macam makan seketol karipap 30sen.

Dah alang-alang kat situ, IKEA is a must. Sebelum balik makan karipap IKEA yang paling terbaik. Yeayyy baru lah aku rasa kenyang! Puas! Inilah yang dikatakan makan, kenyang dan puas. Haha.

Semalam pula cuba resipi baru, Ayam Goreng Tomyam. Yeay sukses dengan jayanya. Meratah rakus sampai licin bersama 2 rakan lain. Ohh Gambar hasil eksperimen tiada sebab dah lapar menggila. Hehehe Itu yang rakus. Mahu di jadikan cerita, aku tanya, “Ada apa-apa yang boleh kunyah lagi tak?” Ohhh yeahh dua-dua buat muka terkejut, “Kau tak kenyang-kenyang lagi ke Eppa oiii”

Tanpa rasa bersalah, gali peti ais. Hmmm tak ada apa pun. Kunyah jugak-lah Choclair dua ketol. Ok bawa diri melayang layan 8tv. Diam-diam lupakan makanan. Habis cerita, tidur.

Hari ini, agenda membaca artikel kesihatan, diet, senaman, menu bla bla bla. Aku dah terasa macam selera makan melampau. Maka, bawa-bawa diri insaf. Hahaha. Harap artikel-artikel ini membantu aku. 



Untuk lebih, pandai-pandai-lah cari Mr.G ya. Nak sihat kena rajin :D

2 comments: